BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Majlis Persandingan 2

Persandingan di rumah pihak lelaki diadakan pada 20hb. Disember, 2009. Temanya ala-ala gold colour dan coklat gitu. Bila tengok pelamin, ingat kat arwah abah. Dulu waktu abah masih ada dia memang pakar buat pelamin.

Bilik pengantin ni dihias oleh Mak Usu dan anaknya Jehan. We all bantu sikit-sikit je. Tapi perabot ni bukan seperti yang kami minta masa beli tu. Ada masalah sikit. Tapi disebabkan masa dah suntuk tak boleh nak wat ape. Walau macam manapun dia terhantar tilam vono king size punye. Ada la sikit kekecohan masa penghantaran dibuat tapi alhamdulillah semuanya settle pas Ida kautim ngan tauke kedai tu. Lagipun salah dia. Dahlah lewat sebulan, nape tak beritau awal2 kalau tak boleh sediakan.

Disebelah pagi dijalankan majlis khatam al-quran. Dua orang tu anak saudara Ida. Yang pompuan dihujung tu anak jiran kakak di Kota Damansara.

Pengantin tiba waktu hujan turun. Lebat juga. Namun alhamdulillah walaupun hujan tetamu yang hadir semakin ramai. Jemputan yang dibuat lebih kurang 1,000 orang. Ramai yang memuji juadah yang disediakan. Antara juadah yang disediakan ialah pajeri nanas, rendang dinding, rendang manis (udang), ayam goreng berempah, acar buah, pecal, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, nasi minyak dan nasi putih. Pencuci mulut pula bubur kacang serta tembikai. Semua juadah disediakan sendiri oleh mak kecuali acar buah, ayam goreng berempah, serta nasi. Alhamdulillah semua juadah mencukupi dan yang pentingnya tiada yang berlebihan.

Juadah makan beradab disediakan oleh kakak sepupu Ida. Ayam goreng berempah tu pun dia la yang buat. Sebenarnya sebelum tu mak ada suruh Ida masak dua jenis lagi lauk untuk makan beradab ni tapi Ida tak sempat nak wat coz sibuk sangat. Sampaikan mandi hujan. Sesekali mandi hujan apa salahnya kan. Hihihihi macam budak2.

Majlis Persandingan 1


Majlis di rumah pengantin perempuan diadakan pada 19hb. Disember, 2009. Temanya warna biru muda dan perak.

Hubby jadi pengapit. Baju tu pinjam cousin punye. Hihihihi nasib baik boleh pakai. Tapi sayang warnanya tak match ngan tema hari tu.


Majlis Pernikahan Adik

Pada 12hb. Disember yang majlis pernikahan Razak adik Ida yang bongsu. Barang hantaran semuanya dibuat sendiri. Hantaran dari pihak perempuan 15 dulang. Tapi dari pihak lelaki terlebih lak sampai 19 dulang. Yang lebih membanggakan semua barang hantaran dibuat sendiri oleh emak serta Mak Ngah serta Mak Anjang.

Hari Sukan Rakyat

Dah lama tak tulis blog. Bukannya apa tapi busy sangat waktu cuti sekolah ni. Pada 8hb. November yang lepas we all sekeluarga gi ke sekolah anak coz ada Hari Sukan Rakyat. Macam-macam pertandingan ada. Mulanya ajak hubby join tapi dia tak nak. Bukan apa kononnya nak control macho, tapi sebenarnya dia malu. Hihihihi cakap je la yang. Tak yah bagi alasan.

Antara acara yang dipertandingkan. Kesian anaknya kena bungkus ngan tisu sampai jadi mumia. Kena dera tengah panas hihihihi.


Boboy nak join awek-awek sedang bergimrama. Maklum la ni kan sekolah perempuan. So dia nak tunjuk macho la tu. Hehehe kecik2 dah ada bakat playboy. Pantang tengok awek. Anak daddy la katakan.

Sebahagian daripada tenaga pengajar yang menjayakan majlis ini.

Friday, November 06, 2009

DAGING KICAP BIBI

Sebenarnya ada macam-macam cara memasak daging kicap. Antaranya daging kicap bibi ni. Dulu ida ada buat, masa mak family ida datang. Mak ngan akak kata sedap. Dia orang ni memang pakar masak. Kalau Ida balik kampung atau gi rumah akak, sure Ida offer kan diri untuk jadi pembantu jerk. Tak yah tunggu. Resepi Daging Kicap Bibi ni actually Ida dapat dari satu majalah. tapi tak ingat majalah apa. Ini resepi dari Restoran Seri Melayu. Kalau nak tau cuba la.


DAGING KICAP BIBI

1 kg daging batang pinang
Minyak
3 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
1/2 cawan air asam jawa
3 camca besar kicap pekat
2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
15 biji bawang merah )
5 ulas bawang putih )
3 sm halia ) dikisar halus
2 sm lengkuas )
50 gm cili kering )

CARANYA:
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
  3. Kemudian, masukkan daging, air asam jawa, kicap pekat, air, garam dan gula. Biarkan mendidih.
  4. Apabila hampir kering, angkat dan hidangkan.

KERABU TAUGE & MERANTI

Sebenarnya dah lama teringin nak makan kerabu ni. Bulan posa yang lepas Ida ada la jumpa kerabu kat pasar Ramadhan, tapi kerabu tauge & selum. Ida pun beli l, ingatkan sedap. Memang tak ade rasa langsung. Nasib baik beli sikit je. Favorite Ida memang kerabu meranti & tauge ni. Dah lama rasanya Ida tak wat kerabu ni jadi ingat-ingat lupe la. Maka terpaksa la call mak coz nak comfirmkan resepinya betul ke tak. Bukan apa takut ada yang tak betul. Maka terhasil la kerabu ni. Sedappppppppp.

KERABU MERANTI & TAUGE
Meranti - celur
Tauge - celur
Kelapa goreng
Cili padi
Cili merah
Bawang merah
Bawang putih
Belacan / udang kering (Ida guna belacan bakar)
Limau nipis
Garam
Serbuk Perasa
CARANYA:
  1. Cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih dan garam ditumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan tauge dan meranti ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, kelapa goreng, garam dan serbuk perasa. Gaul hingga sebati.
  4. Akhir sekali perahkan jus limau nipis.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

Monday, November 02, 2009

Cendol

Tak tau nak ke mana minggu ni. At last kami sekeluarga sepakat menuju ke Kota Damansara, rumah kakak. Abang pun ada kat sana. Saja nak berkumpul adik-beradik. Masa kat sana, teringat nak balik kampung, tapi memandangkan hari dah lewat makan terpaksa la dibatalkan. Maka kami pun ronda ke Shah Alam. Daddy kata nak gi makan cendol. Hihihihi. Cendol kat seksyen 16, depan masjid ni memang dah jadi pot kami sekeluarga. Dari zaman bujang lagi suka sangat makan cendol kat sini. Bukan tak de kat tempat lain, tapi tak best macam yang kat sini. Macam promote lak kan. Tapi memang sedap. Sentiasa ramai pelanggan terutama hari cuti.

Ini la cendol pulut Pak Akob. Cukuppppppppp rasa

Thursday, October 29, 2009

Ikan oh ikan

Ops!! terlupa la. Semalam masa nak bagi ikan makan baru perasan makanan ikan habis. Adussss cian ikan-ikan tu. Hihihihi malang betul ikan tu dapat tuan macam ni. Ada 10 ekor ikan jenis kap emas, seekor ikan emas & seekor ikan bandaraya. Dah besar pun. Call daddy kat opis suruh belikan.


Ikan-ikan ni memang tak boleh tgk org dtg dekat. Mesti ikut punye mana org ada.

Ini la makanan yang Ida beri ikan-ikan tu makan. Elok untuk warna ikan macam kat kedai tu. Warna ikan takkan pudar. Harga 100gm - RM12.50.

Monday, October 26, 2009

Berkelah Di Morib

Dah lama tak pergi berkelah ngan anak-anak. Dulu selalu gak lepak ngan daddy. Nak pulak masa lum ada anak. Hihihi sanggup gi jauh. Bayangkan keje kat KL tapi tempat lepak kami selain dari Sungai Wang, Shah Alam & Genting ialah Penang. Hari Sabtu malam kami naik bas. Biasanya kami ambik bas last dlm jam 10.30pm - 12.30pm coz on the way kami tidur la puas-puas. Sampai Penang pukul 4am-5am terus gi jeti tunggu feri. Feri paling awal kalau tak silap dlm jam 5am - 6am. Pas mandi & sarapan kami ronda la Penang. Hihihi dah puas ronda Penang, kami pun balik la biasanya paling awal kami ambik tiket pukul 8pm. Paling lewat pukul 10pm. Tak boleh lambat coz esok nak keje. Sometime tiap-tiap minggu. Member sume heran. Tapi ada kalanya Paksu, Mak Su, Abang Enal & Kak Yong ikut sekali. Best giler.

Masing-masing dah lapar lepas penat main. Boboy pun berselera makan, pedas pun pedas la. Ida masak mee goreng, nasi impit, sambal kacang & kuah lontong. Ingatkan nak wat kuih tapi tak jadi coz daddy cakap itupun dah banyak. Hihihihi excited sangat.

Daddy siap beli layang-layang. Tal boleh tahan tengok orang main. Kat sana memang ramai orang main layang-layang. Macam-macam bentuk. Tepi pantai angin kan kuat lagi pun lapang. Daddy beli layang-layang bentuk ikan pari.

Thursday, October 22, 2009

Gambar Hari Raya

Tiap kali menjelang raya, kerusi meja kat ruang tamu ni terpaksa dialihkan coz nanti kalau sedara-mara datang tak muat. Dorang tu kalau datang comfirm sekali serbu 4-5 biji keta. Penuh macam kenduri. Budak-budak lagi. Tu baru satu family. Lum family lain lagi. Anak-anak mak ngah aje dah 8 org, sume dah kawin. Bayangkan kalau diaorang serbu. Cucu-cucu dia lagi. Hihihihi. Macam kenduri. Sebab tu masak tak leh sikit. Sure habis. Makanan tak pernah ada lebih. Masa mula-mula kawin dulu daddy terkejut coz kat rumah family dia tak de macam tu, ramai. Masa tu semua orang ada keje masing-masing. Lelaki & pompuan tak terkecuali. Meriah sangat. Masa ada arwah abah lagi ramai sampai tengah malam pun ada orang lagi, coz abah anak sulung & cucu sulung. Miss u abah.

Pak Long memang suke mengusik. Ntah apa la tu.

Tasha tengah beraya ngan nenek.

Nek Boboy minta maaf . Semalam cucuh kasut raya nenek ngan bunga api. Hihihi mintak duit raya nek.

Daddy Boboy minta maaf. Nak duit raya. Singgit tak mau tau. Hihihihi



Cerita Hari Raya

Raya tahun ni memang best coz kakak balik sini dulu. Selalunya dia balik Pahang dulu. Anak-anak pun suka coz ada kawan nak main.


Tengah masak juadah raya. kat rumah ni tak leh masak sikit coz orang ramai datang. Tak menang tangan.

Boy Fareez tgh seronok main bunga api ngan kakak-kakak & sepupu-sepupu. Hihihi habis bunga & kasut nenek kena cucuh ngan bunga api.