
Persandingan di rumah pihak lelaki diadakan pada 20hb. Disember, 2009. Temanya ala-ala gold colour dan coklat gitu. Bila tengok pelamin, ingat kat arwah abah. Dulu waktu abah masih ada dia memang pakar buat pelamin.
Bilik pengantin ni dihias oleh Mak Usu dan anaknya Jehan. We all bantu sikit-sikit je. Tapi perabot ni bukan seperti yang kami minta masa beli tu. Ada masalah sikit. Tapi disebabkan masa dah suntuk tak boleh nak wat ape. Walau macam manapun dia terhantar tilam vono king size punye. Ada la sikit kekecohan masa penghantaran dibuat tapi alhamdulillah semuanya settle pas Ida kautim ngan tauke kedai tu. Lagipun salah dia. Dahlah lewat sebulan, nape tak beritau awal2 kalau tak boleh sediakan.
Disebelah pagi dijalankan majlis khatam al-quran. Dua orang tu anak saudara Ida. Yang pompuan dihujung tu anak jiran kakak di Kota Damansara.
Pengantin tiba waktu hujan turun. Lebat juga. Namun alhamdulillah walaupun hujan tetamu yang hadir semakin ramai. Jemputan yang dibuat lebih kurang 1,000 orang. Ramai yang memuji juadah yang disediakan. Antara juadah yang disediakan ialah pajeri nanas, rendang dinding, rendang manis (udang), ayam goreng berempah, acar buah, pecal, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, nasi minyak dan nasi putih. Pencuci mulut pula bubur kacang serta tembikai. Semua juadah disediakan sendiri oleh mak kecuali acar buah, ayam goreng berempah, serta nasi. Alhamdulillah semua juadah mencukupi dan yang pentingnya tiada yang berlebihan.
Juadah makan beradab disediakan oleh kakak sepupu Ida. Ayam goreng berempah tu pun dia la yang buat. Sebenarnya sebelum tu mak ada suruh Ida masak dua jenis lagi lauk untuk makan beradab ni tapi Ida tak sempat nak wat coz sibuk sangat. Sampaikan mandi hujan. Sesekali mandi hujan apa salahnya kan. Hihihihi macam budak2.