BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Majlis Persandingan 2

Persandingan di rumah pihak lelaki diadakan pada 20hb. Disember, 2009. Temanya ala-ala gold colour dan coklat gitu. Bila tengok pelamin, ingat kat arwah abah. Dulu waktu abah masih ada dia memang pakar buat pelamin.

Bilik pengantin ni dihias oleh Mak Usu dan anaknya Jehan. We all bantu sikit-sikit je. Tapi perabot ni bukan seperti yang kami minta masa beli tu. Ada masalah sikit. Tapi disebabkan masa dah suntuk tak boleh nak wat ape. Walau macam manapun dia terhantar tilam vono king size punye. Ada la sikit kekecohan masa penghantaran dibuat tapi alhamdulillah semuanya settle pas Ida kautim ngan tauke kedai tu. Lagipun salah dia. Dahlah lewat sebulan, nape tak beritau awal2 kalau tak boleh sediakan.

Disebelah pagi dijalankan majlis khatam al-quran. Dua orang tu anak saudara Ida. Yang pompuan dihujung tu anak jiran kakak di Kota Damansara.

Pengantin tiba waktu hujan turun. Lebat juga. Namun alhamdulillah walaupun hujan tetamu yang hadir semakin ramai. Jemputan yang dibuat lebih kurang 1,000 orang. Ramai yang memuji juadah yang disediakan. Antara juadah yang disediakan ialah pajeri nanas, rendang dinding, rendang manis (udang), ayam goreng berempah, acar buah, pecal, ikan masin, ulam-ulaman, sambal belacan, nasi minyak dan nasi putih. Pencuci mulut pula bubur kacang serta tembikai. Semua juadah disediakan sendiri oleh mak kecuali acar buah, ayam goreng berempah, serta nasi. Alhamdulillah semua juadah mencukupi dan yang pentingnya tiada yang berlebihan.

Juadah makan beradab disediakan oleh kakak sepupu Ida. Ayam goreng berempah tu pun dia la yang buat. Sebenarnya sebelum tu mak ada suruh Ida masak dua jenis lagi lauk untuk makan beradab ni tapi Ida tak sempat nak wat coz sibuk sangat. Sampaikan mandi hujan. Sesekali mandi hujan apa salahnya kan. Hihihihi macam budak2.

Majlis Persandingan 1


Majlis di rumah pengantin perempuan diadakan pada 19hb. Disember, 2009. Temanya warna biru muda dan perak.

Hubby jadi pengapit. Baju tu pinjam cousin punye. Hihihihi nasib baik boleh pakai. Tapi sayang warnanya tak match ngan tema hari tu.


Majlis Pernikahan Adik

Pada 12hb. Disember yang majlis pernikahan Razak adik Ida yang bongsu. Barang hantaran semuanya dibuat sendiri. Hantaran dari pihak perempuan 15 dulang. Tapi dari pihak lelaki terlebih lak sampai 19 dulang. Yang lebih membanggakan semua barang hantaran dibuat sendiri oleh emak serta Mak Ngah serta Mak Anjang.

Hari Sukan Rakyat

Dah lama tak tulis blog. Bukannya apa tapi busy sangat waktu cuti sekolah ni. Pada 8hb. November yang lepas we all sekeluarga gi ke sekolah anak coz ada Hari Sukan Rakyat. Macam-macam pertandingan ada. Mulanya ajak hubby join tapi dia tak nak. Bukan apa kononnya nak control macho, tapi sebenarnya dia malu. Hihihihi cakap je la yang. Tak yah bagi alasan.

Antara acara yang dipertandingkan. Kesian anaknya kena bungkus ngan tisu sampai jadi mumia. Kena dera tengah panas hihihihi.


Boboy nak join awek-awek sedang bergimrama. Maklum la ni kan sekolah perempuan. So dia nak tunjuk macho la tu. Hehehe kecik2 dah ada bakat playboy. Pantang tengok awek. Anak daddy la katakan.

Sebahagian daripada tenaga pengajar yang menjayakan majlis ini.

Friday, November 06, 2009

DAGING KICAP BIBI

Sebenarnya ada macam-macam cara memasak daging kicap. Antaranya daging kicap bibi ni. Dulu ida ada buat, masa mak family ida datang. Mak ngan akak kata sedap. Dia orang ni memang pakar masak. Kalau Ida balik kampung atau gi rumah akak, sure Ida offer kan diri untuk jadi pembantu jerk. Tak yah tunggu. Resepi Daging Kicap Bibi ni actually Ida dapat dari satu majalah. tapi tak ingat majalah apa. Ini resepi dari Restoran Seri Melayu. Kalau nak tau cuba la.


DAGING KICAP BIBI

1 kg daging batang pinang
Minyak
3 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
1/2 cawan air asam jawa
3 camca besar kicap pekat
2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
15 biji bawang merah )
5 ulas bawang putih )
3 sm halia ) dikisar halus
2 sm lengkuas )
50 gm cili kering )

CARANYA:
  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.
  3. Kemudian, masukkan daging, air asam jawa, kicap pekat, air, garam dan gula. Biarkan mendidih.
  4. Apabila hampir kering, angkat dan hidangkan.